I'm Shaklee Independent Distributor 1083120

Call/SMS/Whatsapp 019-3399554

Wednesday, December 18, 2013

GLA Complex Shaklee


GLA Complex
 
Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. (info diambil drp shaklee)

Sedikit info tambahan tentang GLA ni yg paling saya suka "mengatur kitaran haid" dimana sejak saya amalkan GLA ni period saya kembali teratur setelah lebih 2 tahun period tak dtg. Period saya memang tak teratur sblm kawin lagi lps kawin kejap dtg kejap tak. Masa saya tgh bersemangat jumpa ghyne sana sini doc bagi saya ubat hormon dimana ubat hormon tu merubah diri saya sama sekali..merubah maksudnya bkn merubah period cycle saya je tp fizikal pun berubah..bertambah bam bam! bila tanya doc, dia ckp tu normal & malah menyalahkan saya sebab tak pandai control makan...bila doc nak naikan dos ubat, terus saya stop x follow up lagi kat gyne tu huhuhu..dos kecik pun badan naik mendadak kalau tambah dos lg acaner tuh?
so senang citer GLA ni mmg bagus ambil utk menstabilkan kitaran period bagi yg period tak teratur mcm saya..sgt berkesan!

Tuesday, December 17, 2013

Set Kesuburan & Set Slimming

GLA utk kesuburan, Lecithin + Alfafa set utk kurus, actually saya ada amik ESP utk penyerapan khasiat yg lebih cuma belum ada gambar lagi hehe
So ini la set yg saya amalkan utk kurus & pregnant..tak byk set yg kena ambil tp tetap berkesan! cthnya period mula teratur setelah hampir 2 thn tak datang! 


Saturday, May 28, 2011

Nak kurus atau nak anak dulu?


Soalan susah tu nak jawab..kalau tanya saya tentu saya jawab nak anak dulu..soalan ni ada sorang hamba Allah ni tanya kat saya..dia jual produk kuruskan badan..saya berminat nak cuba tp saya tanya dia dulu boleh ke saya ambik produk ni coz dlm masa yg sama saya merancang nak hamil..dia ckp terpulang samada saya nak anak dulu ke atau nak kurus? ikut priority katanya..
lama juga saya nak decide..last2 saya ambil keputusan utk kurus dulu. bukan bermakna saya menangguhkan perancangan nak anak tp bila saya fikir2 balik mungkin keputusan saya ni akan beri 2 kepuasan dlm 1 masa..

Saya selalu dinasihatkan doktor supaya kurangkan berat badan manalah tau masa saya diet plus saya mkn produk kurus ni boleh dpt dua2..hehehe angan2 pulak :)

hajat saya nak zuriat tak pernah padam..selagi saya rasa saya masih ada harapan..insyaAllah saya tak akan berputus asa..

Monday, May 23, 2011

23/05/2011 - 9 tahun selepas pemergian Mak

Tarikh 23/05/2002 tarikh yg x dpt saya lupakan..saya kehilangan seorang insan yg paling bermakna dlm hidup saya..insan yg melahirkan saya kedunia..Mak..selepas 9 thn pemergian mak tp bila tiba tarikh ni setiap thn adik (panggilan manja saya dlm keluarga) akan teringat saat2 adik bakal kehilangan mak 9 thn dulu. mak meninggal krn kemalangan..terbayang keadaan mak masa tu yg berlumuran darah..perasaan adik masa tu tuhan aje yg tahu..x pernah tgk mak sesakit tu..
mak..masa tu umur adik baru 22thn..terasa cepat benar mak pergi..belum puas adik mengecap kebahagiaan dgn mak..belum puas adik bermanja dgn mak...
mak..skrg adik dah kawin..mak x sempat tgk adik naik pelamin..mcm2 cerita adik nak kongsi dgn mak..kadang2 bila rindu tu dtg adik mcm org gila..x tahu mcm mana nak contact mak..
mak..belum sempat adik bayar setiap budi. kasih, sayang & pengorbanan mak..mak lebih dulu pergi menghadap ilahi..semoga mak tenang disana bersama2 org2 yg beriman..
adik teramat rindukan mak..rindu pelukan mak. ciuman kasih mak, gelak tawa mak, bau badan mak & leteran mak..rindu sangat2 adik skrg dah dewasa tp masih damba belaian dr mak..
mak..damailah mak disana doa adik & adik beradik yg lain sentiasa mengiringi mak...
adik sayang mak..adik rindu mak....Al-Fatihah..

Wednesday, May 18, 2011

Baby Hatch @ Tempat Pembuangan Bayi

Sensitif betul bila bincang tajuk nie..tiba2 saya terasa nak cari info pasal baby hatch nie..bkn ape, saya nak cari kepastian keberkesanan idea baby hatch ni..mungkin kalau dlm bahasa inggeris maknanya mungkin lebih sopan tp kite semua tahu apa tujuan baby hatch ni diwujudkan.. pendapat peribadi saya, baby hatch ni sama la mcm recycle bin..nak dibuang syg, so recycle la jawapan nya pd yg berminat.

Saya x faham kenapa negara kita yg majoritinya org islam wujud perkara2 seumpama ni..kat negara2 barat jarang kita dengar kes pembuangan bayi..ape tah lg baby hatch..walaupun kat sana lebih byk kes anak luar nikah tp diaorg x buang bayi mcm dinegara kita...pd saya buatlah ape pun baby hatch ke, pusat pelindungan wanita bermasalah ke, rumah kebajikan ke itu semua menambahkan lg masalah yg sedia ada. bg org yg tengah mengandung anak luar nikah skrg tentunya mereka x risau dimana nak buang 'masalah' mereka lepas ni..lepas masalah mereka selesai, kerajaan kita pulak yg pening..apa nak buat dgn bayi2 ni semua..? sape nak tanggung? masa depan mereka nanti mcm mana? mana nak cari dana nak biaya kanak2 ni nanti? sedangkan si pembuat masalah tu lepas bebas mcm tu aje...

Jangan salah faham, saya bkn anti kerajaan atau anti sosial..cuma saya rasa mencegah lebih baik bak kate org putih "prevention is better than cure" kita perlu menyiasat isu sebegini hingga ke akar umbi..teliti dimana dan bagaimana kes2 spt ini terjadi. rata2 kita dah tahu kebanyakkan drp kes2 seumpama ini terjadi krn keruntuhan akhlak, kurang didikan agama & pergaulan bebas. maka dr situlah kita perlu bendung. saya tahu kerajaan berusaha keras membendung
masalah ini, pelbagai aktiviti dijalankan utk remaja spt kokurikulum, plkn, rakan muda, persatuan itu persatuan ini tp kurang menitikberatkan ilmu agama. kenapa x buat kem2 ibadah? kenapa x buat kelas2 agama yg wajib dihadiri selepas waktu sekolah mcm ko-ku? kenapa subjek Pendidikan Islam, Al-quran & Sunnah, As-Syariah subjek pilihan bukannya subjek wajib mcm Math, Sains, BM, B.I..?

Awal2 lagi kita dah silap percaturan..meletakkan yg wajib ditempat paling bawah. Parents skrg pun berlumba2 hantar anak pegi tuisyen kelas Math, Sains & BI tanpa menitikberatkan subjek ilmu agama, x hantar anak belajar mengaji Al-quran, sebab mereka tahu itu semua tak penting dan markah tak effect pun..dan bila nak masuk Universiti nanti bkn subjek agama yg melayakkan anak mereka masuk 'U'. Ini yg sedihnya..bila zaman kanak2 lg x diajar ilmu agama..agak2nya dah remaja nanti mahu ke diaorg belajar? mahu ke mereka mendengar kata? boleh ke kita paksa mereka belajar mengaji Al-quran? mampu ke kita heret mereka ke kelas2 agama? maka disitulah bermula masalah mengandung luar nikah, pergaulan bebas lelaki & perempuan, arak, dadah dan sebagainya...hukuman yg dikenakan pun x seberapa..khalwat maksimum pun rm2,000 seorang (kalau x silap la).

Saya bukannya berlagak pandai..mcm saya ckp awal2 lg..ini cuma pendapat saya. Apa yg saya rasa berdasarkan apa yg saya lihat...bukannya nak mengkondem sesiapa. Saya juga risau jika x dpt balance kan ilmu dunia & ilmu akhirat...semoga kita sama2 memperbaiki diri setiap hari utk menjadi insan yg mulia disisi Allah & anak bangsa yg berkhemah InsyaAllah...

Ovarian Drilling

Hari ni saya cari info pasal 'Ovarian Drilling' bg pengidap PCOS. Basically 'Ovarian Drilling' adalah proses membuang telur2 yg tidak matang yg dah membengkak didalam ovari wanita yg periodnya tak teratur...mcm saya :) if wanita normal, setiap bulan dia akan produce telur utk disenyawakan..if tak disenyawa, telur akan keluar sebagai darah period..maka proses inilah yg berlaku pd saya..dimana saya hanya produce telur tp tak matang disebabkan itu ovari akan dipenuhi dgn telur2 yg tak matang ni dan jika dah terlalu banyak, maka akan menyukarkan proses pengeluaran telur baru & seterusnya tiada berlaku proses persenyawan...(hehehe ini apa yg saya faham la)

disini ada saya lampirkan beberapa foto semasa prosedur ovarian drilling nie..kalau tgk video prosedur lg menakutkan..kaedah yg digunakan pulak adalah pembedahan secara Laparascopic alah..yg cucuk pakai jarum panjang then masukan kamera tu..kaedah ni lebih mudah dan tindak meninggalkan kesan pembedahan yg jelas..biasanya ada bekas 3 cucuk jer..

lepas prosedur ovarian drilling ni biasanya pesakit akan dinasihatkan berehat selama 24 jam dihospital lepas tu dah boleh balik umah.. kesan sampingan pun cuma rasa x selesa sikit lepas prosedur & maybe rasa trauma sekejap bila nak 'bersama' :) jarang la ada kes kesan yg serius..

Monday, May 16, 2011

Kos Ovarian Drilling

Kos ovarian drilling sekitar 4K?? ohoh..byk jugak tu..tp tu buat dkt hospital pakar... bagi saya, kat mana2 pun ok..janji doktornya bagus coz ada jugak doc yg mcm x friendly dgn patient. bila kita byk tanya dia mcm x layan or ada jgk doc yg x faham perasaan kita..sometimes kita tanyakan sesuatu soalan tu bkn ape sebab kite nak betul2 faham tp bg sesetengah doc ni bg jwpn mcm kite pun doc jugak..ish x boleh la mcm tu..tubuh badan kite ni bkn mcm anak patung..sape2 pun boleh 'operate' tgk isi dlm...thats y we need a doctor.

back to ovarian drilling cost, i think i will give it a try..walaupun costly sikit (bg saya la..coz saya ni bkn nya berada sgt) tp saya nak cuba. Saya berazam nak cuba semua kaedah yg ada if masih belum berjaya...skrg ni pun mcm2 kaedah rawatan yg ada..so dunia belum berakhir lg bg saya :)