Coretanku dalam menempuh hari-hari yang dilalui tanpa kehadiran cahayamata..juga perjalanan hidupku sepanjang berusaha untuk memilikinya...
Call/SMS/Whatsapp 019-3399554
Saturday, May 28, 2011
Nak kurus atau nak anak dulu?
Soalan susah tu nak jawab..kalau tanya saya tentu saya jawab nak anak dulu..soalan ni ada sorang hamba Allah ni tanya kat saya..dia jual produk kuruskan badan..saya berminat nak cuba tp saya tanya dia dulu boleh ke saya ambik produk ni coz dlm masa yg sama saya merancang nak hamil..dia ckp terpulang samada saya nak anak dulu ke atau nak kurus? ikut priority katanya..
lama juga saya nak decide..last2 saya ambil keputusan utk kurus dulu. bukan bermakna saya menangguhkan perancangan nak anak tp bila saya fikir2 balik mungkin keputusan saya ni akan beri 2 kepuasan dlm 1 masa..
Saya selalu dinasihatkan doktor supaya kurangkan berat badan manalah tau masa saya diet plus saya mkn produk kurus ni boleh dpt dua2..hehehe angan2 pulak :)
hajat saya nak zuriat tak pernah padam..selagi saya rasa saya masih ada harapan..insyaAllah saya tak akan berputus asa..
Monday, May 23, 2011
23/05/2011 - 9 tahun selepas pemergian Mak
mak..masa tu umur adik baru 22thn..terasa cepat benar mak pergi..belum puas adik mengecap kebahagiaan dgn mak..belum puas adik bermanja dgn mak...
mak..skrg adik dah kawin..mak x sempat tgk adik naik pelamin..mcm2 cerita adik nak kongsi dgn mak..kadang2 bila rindu tu dtg adik mcm org gila..x tahu mcm mana nak contact mak..
mak..belum sempat adik bayar setiap budi. kasih, sayang & pengorbanan mak..mak lebih dulu pergi menghadap ilahi..semoga mak tenang disana bersama2 org2 yg beriman..
adik teramat rindukan mak..rindu pelukan mak. ciuman kasih mak, gelak tawa mak, bau badan mak & leteran mak..rindu sangat2 adik skrg dah dewasa tp masih damba belaian dr mak..
mak..damailah mak disana doa adik & adik beradik yg lain sentiasa mengiringi mak...
adik sayang mak..adik rindu mak....Al-Fatihah..
Wednesday, May 18, 2011
Baby Hatch @ Tempat Pembuangan Bayi
Saya x faham kenapa negara kita yg majoritinya org islam wujud perkara2 seumpama ni..kat negara2 barat jarang kita dengar kes pembuangan bayi..ape tah lg baby hatch..walaupun kat sana lebih byk kes anak luar nikah tp diaorg x buang bayi mcm dinegara kita...pd saya buatlah ape pun baby hatch ke, pusat pelindungan wanita bermasalah ke, rumah kebajikan ke itu semua menambahkan lg masalah yg sedia ada. bg org yg tengah mengandung anak luar nikah skrg tentunya mereka x risau dimana nak buang 'masalah' mereka lepas ni..lepas masalah mereka selesai, kerajaan kita pulak yg pening..apa nak buat dgn bayi2 ni semua..? sape nak tanggung? masa depan mereka nanti mcm mana? mana nak cari dana nak biaya kanak2 ni nanti? sedangkan si pembuat masalah tu lepas bebas mcm tu aje...
Jangan salah faham, saya bkn anti kerajaan atau anti sosial..cuma saya rasa mencegah lebih baik bak kate org putih "prevention is better than cure" kita perlu menyiasat isu sebegini hingga ke akar umbi..teliti dimana dan bagaimana kes2 spt ini terjadi. rata2 kita dah tahu kebanyakkan drp kes2 seumpama ini terjadi krn keruntuhan akhlak, kurang didikan agama & pergaulan bebas. maka dr situlah kita perlu bendung. saya tahu kerajaan berusaha keras membendung
masalah ini, pelbagai aktiviti dijalankan utk remaja spt kokurikulum, plkn, rakan muda, persatuan itu persatuan ini tp kurang menitikberatkan ilmu agama. kenapa x buat kem2 ibadah? kenapa x buat kelas2 agama yg wajib dihadiri selepas waktu sekolah mcm ko-ku? kenapa subjek Pendidikan Islam, Al-quran & Sunnah, As-Syariah subjek pilihan bukannya subjek wajib mcm Math, Sains, BM, B.I..?
Awal2 lagi kita dah silap percaturan..meletakkan yg wajib ditempat paling bawah. Parents skrg pun berlumba2 hantar anak pegi tuisyen kelas Math, Sains & BI tanpa menitikberatkan subjek ilmu agama, x hantar anak belajar mengaji Al-quran, sebab mereka tahu itu semua tak penting dan markah tak effect pun..dan bila nak masuk Universiti nanti bkn subjek agama yg melayakkan anak mereka masuk 'U'. Ini yg sedihnya..bila zaman kanak2 lg x diajar ilmu agama..agak2nya dah remaja nanti mahu ke diaorg belajar? mahu ke mereka mendengar kata? boleh ke kita paksa mereka belajar mengaji Al-quran? mampu ke kita heret mereka ke kelas2 agama? maka disitulah bermula masalah mengandung luar nikah, pergaulan bebas lelaki & perempuan, arak, dadah dan sebagainya...hukuman yg dikenakan pun x seberapa..khalwat maksimum pun rm2,000 seorang (kalau x silap la).
Saya bukannya berlagak pandai..mcm saya ckp awal2 lg..ini cuma pendapat saya. Apa yg saya rasa berdasarkan apa yg saya lihat...bukannya nak mengkondem sesiapa. Saya juga risau jika x dpt balance kan ilmu dunia & ilmu akhirat...semoga kita sama2 memperbaiki diri setiap hari utk menjadi insan yg mulia disisi Allah & anak bangsa yg berkhemah InsyaAllah...
Ovarian Drilling
disini ada saya lampirkan beberapa foto semasa prosedur ovarian drilling nie..kalau tgk video prosedur lg menakutkan..kaedah yg digunakan pulak adalah pembedahan secara Laparascopic alah..yg cucuk pakai jarum panjang then masukan kamera tu..kaedah ni lebih mudah dan tindak meninggalkan kesan pembedahan yg jelas..biasanya ada bekas 3 cucuk jer..
lepas prosedur ovarian drilling ni biasanya pesakit akan dinasihatkan berehat selama 24 jam dihospital lepas tu dah boleh balik umah.. kesan sampingan pun cuma rasa x selesa sikit lepas prosedur & maybe rasa trauma sekejap bila nak 'bersama' :) jarang la ada kes kesan yg serius..
Monday, May 16, 2011
Kos Ovarian Drilling
back to ovarian drilling cost, i think i will give it a try..walaupun costly sikit (bg saya la..coz saya ni bkn nya berada sgt) tp saya nak cuba. Saya berazam nak cuba semua kaedah yg ada if masih belum berjaya...skrg ni pun mcm2 kaedah rawatan yg ada..so dunia belum berakhir lg bg saya :)
Saturday, May 14, 2011
Merindu
Waktu-waktu hubby takde biasanya saya lebih suka duduk dirumah sambil mengemas, tgk tv, baca majalah..surf internet sambil tu terfikir gak saya, agaknya mcm mana la life saya kalau ada anak nanti? dah x dpt la rasanya nak rileks2 mcm skrg nie..tp tentu seronok bila ada anak nanti..maybe aktiviti saya pun bertukar..dr tgk tv tukar tgk anak bermain..dr belek majalah belek keje sekolah anak pulak..tak sabarnya saya nak tunggu waktu tu...
Saya yakin saya boleh menjadi seorang mommy satu hari nanti..bkn calang2 mommy..saya nak jadi supermommy :) mudah-mudahan Allah makbulkan impian saya nie..InsyaAllah..
Thursday, May 12, 2011
Ovarian Drilling
disini ada saya lampirkan foto semasa prosedur ovarian drilling nie..kalau tgk video prosedur lg menakutkan..kaedah yg digunakan pula adalah pembedahan secara Laparascopic, alah..yg cucuk pakai jarum panjang then masukan kamera tu..kaedah ni lebih mudah dan tindak meninggalkan kesan pembedahan yg jelas..biasanya ada bekas 3 cucuk jer..
lepas prosedur ovarian drilling ni biasanya pesakit akan dinasihatkan berehat selama 24 jam dihospital lepas tu dah boleh balik umah.. kesan sampingan pun cuma rasa x selesa sikit lepas prosedur & maybe rasa trauma sekejap bila nak 'bersama' :) jarang la ada kes kesan yg serius..
peratusan utk mengandung slps pembedahan pun tinggi sikit...hemm berita baik ni :) tp depends pd tubuh badan seseorang tu jugak...apa yg saya tahu, lps buat beberapa research, period pun akan regular tp ada jugak yg x regular tp period tetap keluar secara normal bkn dipaksa dgn ubat.
Saya tengah berkira2 nak buat Ovarian drilling ni sebabnya saya nampak hope dkt situ.. sekurang2nya dpt perbetulkan masalah hormon & cycle period saya yg memang bermasalah dr zaman remaja lg..
Wednesday, May 11, 2011
PCOS - Polycystic Ovary Syndrome
Fakta-fakta penting berkenaan PCOS
- Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
- Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
- Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
- Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
- Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
- PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
- Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
- Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
- Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
- Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
- PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
- PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
- Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Kenapa kita diuji?
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui
org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Hanyalah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari Rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
Tuesday, May 10, 2011
Kena Tipu
Saya geram dgn sesetengah pihak yg cuba mengambil kesempatan atas org yg memerlukan & terdesak nak sesuatu mcm saya nie..sungguh tak bermoral org mcm nie...pd kami yg mcm ni pun nak amik kesempatan ke?? dah la org2 mcm kami ni selalu stress, byk fikir dan selalu murung pasal nak dpt anak..mereka tambah lg tekanan..aduhh..
Ceritanya mcm ni, bln Feb 2011 yg lepas saya mencari maklumat psl tukang urut yg boleh membantu proses mendapatkan zuriat..cari punya cari konon nak cari yg dekat..jumpalah 1 website nie..kebetulan kwn saya penah cerita yg ada sorang 'kakak' ni dia buat minyak pelbagai guna..boleh hilangkan kegatalan la..sakit2 sendi la..utk batu karang la..alahan la..& mcm2 lg..pelik kan coz 1 minyak boleh 'cure' kan mcm2 penyakit! so pendekkan cerita saya cari info pasal minyak ni kat internet dan kebetulan pusat rawatan ni pun boleh ubatkan mcm2 jenis penyakit antaranya rawatan utk mendapatkan zuriat.
pd mulanya saya mcm tak percaya..tp mcm yg saya ckp td..kalau pasal nak dpt anak apa pun saya sanggup..berbalik pd cerita saya td, saya terus call kakak tu..(no tel dinyatakan dlm website tu) kakak tu mmg peramah habis! mula2 dia tanya dah berapa lama kawin..(standard arr) bila saya cerita punya cerita terus dia suruh dtg..antara dialog dia yg plg saya ingat "sebenarnya utk bulan ni akak dah penuh..tp disebabkan kesian kat adik (kononya la..) akak tolong jugak la..adik dtg la kat pejabat akak ari minggu ni kat bla..bla..bla.." bodohnya saya kenapa x tanya ari minggu pun bukak ke? tp pasal excited punya pasal terus saya setuju..
saya pergi sorang2 jer...(biasanya kalau bab2 rawatan nak dpt zuriat ni, saya pegi sorang..tanpa ditemani suami coz lebih senang tambah pulak suami asyik bz ngan keje jer :() sampai2 jer kat opis pusat rawatan tu saya pelik coz pusat rawatan tu mcm muram sgt! saya sorang je masa tu..dlm hati saya ckp maybe sebab ari minggu kot..saya tawakal jer..niat saya nak berubat..kalau apa2 berlaku pd saya hari tu saya berserah pd Allah jer...
So, sessi 'briefing' ngan kakak tu pun bermula..dia bg tau sekian2 bayaran yg saya kena bayar before rawatan bermula..saya ulang blk, BEFORE rawatan bermula...sekali lg saya pelik takkan saya nak kena bayar?? result pun tak tau lg....tp okla anak punya pasal saya setuju..bodohnya saya :( lepas jelaskan bayaran utk rawatan yg belum start tu saya disuruh baring dlm sebuah bilik yg boleh tahan gak hapaknya...entah dah berapa org la mangsa kakak ni agaknya..sebelum urut tu dia suruh saya mengucap sebelum disuruh tutup mata (omg it's all coming back to me now..teringat saya keadaan saya masa tu) kakak tu pun start urut saya bermula dr bawah pusat (xsampai pun kat bawah tut :) sampai la ke sekitar peha, perut & lengan saya..
sekejap je dia urut..dlm 25min mcm tu..pastu dia suruh dtg lg minggu depan or bila2 saya free..
lupa saya nak bg tau..dia mtk payment in advance coz katanya next rawatan nanti saya x perlu bayar lg selama 4 bulan! saya sempat tanya what if saya x pregnant gak dlm masa 4 bulan tu? dia ckp dia x kan kenakan bayaran lg lps tu..kot iye? dia siap buat target yg saya akan pregnant bulan 8 kalau urut secara konsisten...confidentnya dia..semua tu kan kerja tuhan..perasaan saya masa tu excited sgt..kalau la betul apa yg kakak tu ckp...alangkah bahagianya saya..
sebenarnya dr mula saya buat rawatan (bln feb 2011) sampai skrg Mei 2011 baru 3x saya urut ngan dia..mmg susah nak jumpa kakak ni..everytime nak jumpa ada je alasan yg dia bg..selalunya dia bg alasan yg dia ada kelas..kononya dia belajar lg dlm bidang rawatan alternatif kat salah sebuah local 'U' yg quit famous gak kat m'sia nie..(ini pun saya akan siasat..betul ke course yg dia ambil tu wujud?)
saya baru plan nak pegi urut minggu nie..tiba2 dpt tau dia menipu pulak..rupa2 nya dah ramai yg kena tipu ngan dia nie..dia penah cerita kat saya yg ada org cuba nak memburuk2kan nama dia..& dia ckp dia x kisah ape org nak kata..dia ckp org tu akan dpt balasan 1 hr nanti & kalau org tu dpt anak nanti anak org tu x boleh berjalan & finally akan mtk tolong kat dia gak akhirnya...alamak! bohong la kalau saya x cuak...thats y saya nak kumpul bukti dulu sebelum ambil tindakan yg sepatutnya...
Saya berharap agar rakan2 yg senasib dgn saya jgn la mudah sgt percaya dgn janji2 manis & harapan palsu org2 yg nak ambil kesempatan keatas org mcm kita nie..diaorg tahu kita sgt terdesak & terlalu berharap...kalau nak berurut pun make sure tanya org yg pernah pergi & ada pengalaman..or buat research before decide...lps ni saya akan lebih berhati2..
Sekian..
Mukhadimah
Blog ini tentang perjalanan hidup seharian saya sehari-hari tanpa hilaian,rengekan,tangisan dan ketawa manja drpd sikecil yang amat saya nanti-nantikan...sesungguhnya saya menanti setiap detik dan menghitung setiap saat menunggu khabar gembira itu..
semoga blog ini akan menjadi satu titik manis buat saya suatu hari nanti..InsyaAllah :)