I'm Shaklee Independent Distributor 1083120

Call/SMS/Whatsapp 019-3399554

Wednesday, May 18, 2011

Baby Hatch @ Tempat Pembuangan Bayi

Sensitif betul bila bincang tajuk nie..tiba2 saya terasa nak cari info pasal baby hatch nie..bkn ape, saya nak cari kepastian keberkesanan idea baby hatch ni..mungkin kalau dlm bahasa inggeris maknanya mungkin lebih sopan tp kite semua tahu apa tujuan baby hatch ni diwujudkan.. pendapat peribadi saya, baby hatch ni sama la mcm recycle bin..nak dibuang syg, so recycle la jawapan nya pd yg berminat.

Saya x faham kenapa negara kita yg majoritinya org islam wujud perkara2 seumpama ni..kat negara2 barat jarang kita dengar kes pembuangan bayi..ape tah lg baby hatch..walaupun kat sana lebih byk kes anak luar nikah tp diaorg x buang bayi mcm dinegara kita...pd saya buatlah ape pun baby hatch ke, pusat pelindungan wanita bermasalah ke, rumah kebajikan ke itu semua menambahkan lg masalah yg sedia ada. bg org yg tengah mengandung anak luar nikah skrg tentunya mereka x risau dimana nak buang 'masalah' mereka lepas ni..lepas masalah mereka selesai, kerajaan kita pulak yg pening..apa nak buat dgn bayi2 ni semua..? sape nak tanggung? masa depan mereka nanti mcm mana? mana nak cari dana nak biaya kanak2 ni nanti? sedangkan si pembuat masalah tu lepas bebas mcm tu aje...

Jangan salah faham, saya bkn anti kerajaan atau anti sosial..cuma saya rasa mencegah lebih baik bak kate org putih "prevention is better than cure" kita perlu menyiasat isu sebegini hingga ke akar umbi..teliti dimana dan bagaimana kes2 spt ini terjadi. rata2 kita dah tahu kebanyakkan drp kes2 seumpama ini terjadi krn keruntuhan akhlak, kurang didikan agama & pergaulan bebas. maka dr situlah kita perlu bendung. saya tahu kerajaan berusaha keras membendung
masalah ini, pelbagai aktiviti dijalankan utk remaja spt kokurikulum, plkn, rakan muda, persatuan itu persatuan ini tp kurang menitikberatkan ilmu agama. kenapa x buat kem2 ibadah? kenapa x buat kelas2 agama yg wajib dihadiri selepas waktu sekolah mcm ko-ku? kenapa subjek Pendidikan Islam, Al-quran & Sunnah, As-Syariah subjek pilihan bukannya subjek wajib mcm Math, Sains, BM, B.I..?

Awal2 lagi kita dah silap percaturan..meletakkan yg wajib ditempat paling bawah. Parents skrg pun berlumba2 hantar anak pegi tuisyen kelas Math, Sains & BI tanpa menitikberatkan subjek ilmu agama, x hantar anak belajar mengaji Al-quran, sebab mereka tahu itu semua tak penting dan markah tak effect pun..dan bila nak masuk Universiti nanti bkn subjek agama yg melayakkan anak mereka masuk 'U'. Ini yg sedihnya..bila zaman kanak2 lg x diajar ilmu agama..agak2nya dah remaja nanti mahu ke diaorg belajar? mahu ke mereka mendengar kata? boleh ke kita paksa mereka belajar mengaji Al-quran? mampu ke kita heret mereka ke kelas2 agama? maka disitulah bermula masalah mengandung luar nikah, pergaulan bebas lelaki & perempuan, arak, dadah dan sebagainya...hukuman yg dikenakan pun x seberapa..khalwat maksimum pun rm2,000 seorang (kalau x silap la).

Saya bukannya berlagak pandai..mcm saya ckp awal2 lg..ini cuma pendapat saya. Apa yg saya rasa berdasarkan apa yg saya lihat...bukannya nak mengkondem sesiapa. Saya juga risau jika x dpt balance kan ilmu dunia & ilmu akhirat...semoga kita sama2 memperbaiki diri setiap hari utk menjadi insan yg mulia disisi Allah & anak bangsa yg berkhemah InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment