I'm Shaklee Independent Distributor 1083120

Call/SMS/Whatsapp 019-3399554

Thursday, May 12, 2011

Ovarian Drilling

Hari ni saya cari info pasal 'Ovarian Drilling' bg pengidap PCOS. Basically 'Ovarian Drilling' adalah proses membuang telur2 yg tidak matang yg dah membengkak didalam ovari wanita yg periodnya tak teratur...mcm saya :) if wanita normal, setiap bulan dia akan produce telur utk disenyawakan..if tak disenyawa, telur akan keluar sebagai darah period..proses inilah yg tak berlaku pd saya..dimana saya produce telur tp tak matang maka ovari telur2 tak matang yg terperangkap dlm ovari tu jika dah terlalu banyak, maka akan menyukarkan proses pengeluaran telur baru maknanya takde la proses persenyawan...(hehehe ini apa yg saya faham la)

disini ada saya lampirkan foto semasa prosedur ovarian drilling nie..kalau tgk video prosedur lg menakutkan..kaedah yg digunakan pula adalah pembedahan secara Laparascopic, alah..yg cucuk pakai jarum panjang then masukan kamera tu..kaedah ni lebih mudah dan tindak meninggalkan kesan pembedahan yg jelas..biasanya ada bekas 3 cucuk jer..

lepas prosedur ovarian drilling ni biasanya pesakit akan dinasihatkan berehat selama 24 jam dihospital lepas tu dah boleh balik umah.. kesan sampingan pun cuma rasa x selesa sikit lepas prosedur & maybe rasa trauma sekejap bila nak 'bersama' :) jarang la ada kes kesan yg serius..

peratusan utk mengandung slps pembedahan pun tinggi sikit...hemm berita baik ni :) tp depends pd tubuh badan seseorang tu jugak...apa yg saya tahu, lps buat beberapa research, period pun akan regular tp ada jugak yg x regular tp period tetap keluar secara normal bkn dipaksa dgn ubat.

Saya tengah berkira2 nak buat Ovarian drilling ni sebabnya saya nampak hope dkt situ.. sekurang2nya dpt perbetulkan masalah hormon & cycle period saya yg memang bermasalah dr zaman remaja lg..

1 comment:

  1. Assalam, saya mungkin akan jalani proses OD ini selepas ttc6y. saya gagal iui 2 kali dan makan bermacam2 ubat kesuburan masih x berjaya jadi doc nasihatkan saya untuk lakukan OD.

    ReplyDelete